Saturday, May 23, 2009

LATAR BELAKANG SK SUNGAI BAYOR

SEJARAH RINGKAS SK SUNGAI BAYOR

Banggunan asal sekolah dibina di Pekan kecil Sungai Bayor bermula sejak tahun 1880 dengan jumlah murid seramai 15 orang dan seorang guru iaitu Tuan Haji Muhammad Taib.Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai sekolah Sungai Berdarah.Kemudian namanya diubah kepada SK Sungai Bayor sempena nama asal kampung.Bayor adalah nama sepohon kayu rendang yang terletak di kuala sungai.Dari tahun ke tahun sekolah ini terus berkembang dengan jumlah infrastruktur dan jumlah murid yang semakin bertambah.

MISI SEKOLAH

Ke arah Kecemerlangan Berterusan.

MOTO SEKOLAH

Murid Cemerlang SKSB Terbilang.

VISI SEKOLAH

SKSB Terbilang Menjelang 2014.

VISI DAN MISI PSS

Visi

Pemangkin Kecemerlangan Melalui Khidmat Antara Yang Terbilang.

Misi

Mengembangkan Sistem Jaringan Maklumat Dalam Proses P&P Bagi Melahirkan Warga SKSB Celik IT Serta Menguasai Pelbagai Bidang Ilmu.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PSS

Matlamat

Memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan sistem sokongan dalaman ke arah membudayakan ‘teknopen’ bagi meningkatkan mutu pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


Objektif

  • Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik.
  • Menggalakkan semua pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran agar mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah ‘chalk and talk’sahaja.
  • Menyemai dan menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca, ingin tahu dan bertanya di kalangan pelajar melalui penggunaan bahan PSS.
  • Membantu guru dan pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai berbagai peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.


PIAGAM PELANGGAN PSS

Piagam pelanggan

Kami berjanji dengan penuh iltizam akan berganding bahu mempertingkatkan prestasi kurikulum sekolah dengan:

  • Memberi perkhidmatan Pusat Sumber yang berkualiti, tepat dan mudah.
  • Menyediakan laporan maklumbalas yang tepat, terkini dan sahih.
  • Memberikan khidmat nasihat kepada para pengguna supaya keperluan pengguna dipenuhi dengan berkesan.
  • Memberikan perkhidmatan yang menepati masa dan mesra dengan maklumat yang tepat dan sahih.
  • Menyediakan bahan-bahan yang bermaklumat terkini, bermutu, mudah difahami dan senang diperolehi.
  • Memberikan khidmat kepakaran grafik dan audio-visual untuk meningkatkan mutu dan lebih daya tarikan.
  • Memberikan khidmat sokongan yang berkualiti kepada setiap aktiviti-aktiviti panitia.


AJK INDUK DAN KERJA PSS


AJK INDUK

Penasihat : Pn Hjh Ashah Bt Arshad (Guru Besar)
Pengerusi : Pn Hjh. Latipah Bt. Hj. Harun (Penolong Kanan 1)
Naib Pengerusi 1 : En. Abdul Rauf B. Tajuddin (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn Siti Norhaiza Bt. Othman (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Pn. Fauziah Bt. Harun ( Guru Perpustakaan Dan Media )
Penolong S/U : Pn. Norimah Bt. Abdul Kadir ( Guru Penolong)

Ahli Jawatankuasa:

Pn. Jamilah Bt. Hj. Rashid(Ketua Panitia Bahasa Malaysia)
Tn. Hj. Zaaba B. hj. Zainuddin (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
Pn. suzliana Bt. Ali (Ketua Panitia Sains)
Pn. Zarina Bt. Hassan (Ketua Panitia Matematik)
Pn. Hjh. Asnah Bt. Hj. Sahak(Ketua Panitia Pendidikan Islam)
En. Shahrul Affendi b. Mat Saad (Ketua Panitia Kemahiran Hidup)
Pn. Norimah Bt. Abdul Kadir ( Ketua Panitia Kajian Tempatan Dan Sivik)
En. Ahmad Dailami B. Ibrahim ( Unit Lantikan Pengawas PSS )


AJK KERJA

Pengerusi : Pn Hjh. Latipah Bt. Hj. Harun (Penolong Kanan 1)
Setiausaha :
Pn. Fauziah Bt. Harun ( Guru Perpustakaan Dan Media )
Penolong S/U :
Pn. Norimah Bt. Abdul Kadir ( Guru Penolong)

Ahli Jawatankuasa (Guru Penolong):

Pn. Fauziah Bt. Hj. Harun (Perpustakaan)
Pn. Mazlina Bt. Mishar ( Unit SAL )
Pn. Noraliza Bt. Mhd. Ali ( Unit Audio Visual)
Pn. Zarina Bt. Hassan ( Unit BBM )
En. Shahrul Affendi b. Mat Saad ( Pusat Akses Komputer )
Pn. Norimah Bt. Abdul Kadir ( Projek NILAM )
En. Ahmad Dailami B. Ibrahim ( Unit Lantikan Pengawas PSS )

No comments:

Post a Comment